Nick

Nick

Thursday, January 27, 2011

Peranan Televisyen dan Muzik Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Masa Kini.

Mutakhir ini, pemikiran anak-anak muda khususnya pelajar sekolah jauh menyimpang dari kota pemikiran dan logik. Mereka kini berfikiran bahawa hidup yang hanya berkisar pada buku-buku teks, buku rujukan serta nota adalah sangat membosankan. Pelajar yang berjaya dan cemerlang tidak akan menghadkan ruangan pemikiran serta ruangan hidup mereka dengan dikelilingi oleh lambakan tugasan sekolah dan ulang kaji sahaja. Situasi seperti itu hanya akan membebankan malah akan memerosotkan prestasi akademik. Maka dengan itu, setiap pelajar perlu mencari cara pembelajaran sendiri yang sesuai dengan keselesaan masing-masing. Antara cara terbaik yang boleh dijadikan sebagi contoh oleh mereka ialah dengan menjadikan hiburan sebagai teman terbaik dan berkesan untuk belajar.
Memang kelihatan sedikit pelik dan tidak masuk akal bagi sesetengah masyarakat cara belajar seperti ini. Namun hakikatnya itulah kenyataan yang sebenar. Menonton televisyen sebagai contohnya membantu golongan pelajar cemerlang dalam pelajaran. Belajar sambil berhibur adalah cara yang paling berkesan untuk berjaya. Mungkin tidak ramai orang yang mampu melakukannya. Belajar sambil menonton televisyen akan menggangu tumpuan, namun terdapat banyak kebaikan yang masyarakat tidak sedar di sebalik cara tersebut.

Muzik juga antara alat yang paling sesuai untuk setiap pelajar. Peranan muzik yang sangat ideal terhadap golongan pelajar menjadi satu keutamaan bagi mereka dalam pelajaran. Mendengar muzik adalah antara kegemaran pelajar pada waktu lapang atau ketika hujung minggu. Selain memberi ketenangan semasa belajar, muzik juga membantu dari segi proses mempelajari bahasa lain contohnya bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan sebagainya. Melalui proses menghafal lirik tersebut, maka secara tidak langsung mereka akan belajar sesuatu yang baru dan sesetengah orang tidak miliki. Selain daripada menghilangkan rasa mengantuk, muzik juga membantu dalam menenangkan fikiran serta membuatkan seseorang itu kreatif dalam berfikir. Kesimpulannya, muzik serta hiburan televisyen adalah cara terbaik untuk melahirkan pelajar cemerlang selaras dengan pembangunan serta kemodenan negara masa kini. Maka, dengan itu jangan lagi memandang serong terhadap muzik dan media hiburan yang lain kerana peranannya amat banyak dalam membantu golongan anak-anak muda berjaya dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment